Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Badan-badan kebajikan Britain memberi amaran bahawa jumlah masyarakat gelandangan di negara itu semakin meningkat. Mereka turut mengatakan bahawa golongan ini akan berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa memandangkan musim sejuk kini semakin hampir.
Menurut para penyelidik daripada badan kebajikan Shelter, hampir suku juta penduduk Britain tidak memiliki rumah di England manakala 30000 orang warga Scotland juga dilaporkan mempunyai masalah yang sama. Para penyelidik itu menggunakan 4 buah set data rasmi tahun 2016.
Badan itu menegaskan bahawa jumlah keseluruhan yang dilaporkan di England iaitu 254.514 orang adalah sebuah perangkaan yang kukuh.
Campbell Robb, Pengarah Eksekutif Shelter turut memberi amaran bahawa krisis perumahan di UK semakin meruncing.
Beliau juga menyatakan bahawa kadar sewa rumah yang meningkat, kekurangan rumah yang mampu dimiliki dan pemotongan belanjawan kebajikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada krisis tersebut.
Seramai 3 orang gelandangan dilaporkan mati sepanjang 10 hari lepas kerana terdedah kepada cuaca di Manchester dan Birmingham.